Mesti ramai bertanya kenapa Shutterstock.com? Kenapa tidak agensi lain? Dreamstime.com ke, Fotolia.com ke, 123rf.com ke? dll?

Sebabnya, setakat ini, proven melalui pengalaman sendiri dan rakan2 stock lain, sales terbaek dalam industri microstock photography adalah daripada Shutterstock.com. Shutterstock.com memanfaatkan Google sebagai engine pemasaran terbaiknya. Cuba buat google search sket, sure first sekali gambar keluar adalah gambar yang ada watermark Shutterstock.com. Begitulah market microstock ni, pasaran terbesar adalah Internet. Berbeza dengan macrostock yang menggunakan agensi2 pengiklanan bagi menjual gambar.

Tetapi, tidak bermakna anda tidak perlu register agensi lain. Sebenarnya anda wajib register yang lain, kerana tidak semua gambar yang anda hantar akan diterima oleh satu agensi sahaja, maka yang tidak diterima tu boleh lah mencuba nasib di agensi lain. Jangan membazir beb. Kenapa pilih 1, jika boleh pilih semua?

Sebenarnya ada 3 langkah mudah sahaja:

  1. Daftar akaun
  2. Submit ID (Passport)
  3. Submit 10 keping gambar

PENERANGAN LANGKAH-LANGKAH MENDAFTAR SEBAGAI CONTRIBUTOR SHUTTERSTOCK.COM

1. Daftar Akaun. Klik imej banner dibawah. Isikan maklumat dengan lengkap.

Submit Photos to Shutterstock and make $$$!

Anda mungkin terpaksa memilih sama ada Paypal / Postal Check / Moneybookers sebagai medium pembayaran. Jika berminat nak buka akaun paypal, sila baca tutorial disini.

2. Hantar passport. Shuterstock buat masa ini hanya menerima passport sahaja sebagai ID bagi mengesahkan kerakyatan contributor. Lesen atau IC daripada Malaysia belum lagi diterima. Maka sesiapa takde lagi passport tu, terpaksalah korbankan RM100 untuk buat passport yang siap dalam masa 24 jam. Scan passport anda (muka hadapan sahaja) dan upload. Tunggu verification daripada Shutterstock.com (24h)

Sample Submitted Passport
Sample Submitted Passport

3. Bila dah verified passport, tuan/puan akan dapat email macam ni

Approved ID
Approved ID

4. Hantar 10 gambar. So bersedialah untuk menghantar 10 keping gambar… kena lulus 7/10. Tak lulus 7/10, banned 1 bulan baru boleh resubmit sekali lagi. Maka kalau boleh buatlah research telebih dahulu tentang gambar-gambar yang diperlukan oleh client Shutterstock.com. Berfikir seperti client.

Sebaiknya gambar yang dihantar bervariasi,  tidaklah semua landscape, tidaklah semua potret, terbaiknya adalah bercampur-campur. Tujuannya bagi membolehkan reviewer mengenalpasti kemahiran tuan/puan sebagai contributor.  Jika semua sama, memang confirm kena reject. Jadi jangan ambil risiko. Kalau korang sanggup tunggu sebulan demi sebulan try ler.

Stock Photo Sample
Stock Photo Sample

5. Buat duit lah! Tahniah beb lulus jugak ko rupanya! Welcome to the World Of Microstock Photography! So mulalah perjalanan ko sebagai Stock Photographer, semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki selalu…. Jika gagal, takpe beb, mantain cool, macho biar dalam ati panas membara, yang penting jangan give up. Just terus shoot commercial shot. Cukup abis idah, resubmit balik 10 keping yer!

Shutterstock Account Approved Email!
Shutterstock Account Approved Email!

Tutorial ini akan dikemaskini dari masa ke semasa! Selamat mencuba!

 

Masih kurang faham?

Hadiah dari saya untuk kesungguhan anda. Sebuah ebook berharga RM100, yang saya nak jual RM50 tapi rasa macam murah sangat. Sebab ia tak ternilai buat saya. Sila download percuma!

ebook-cover-shutterstock-v1-3000x3000


[yuzo_related]

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *