Dalam proses membeli kamera terpakai kami dapati ramai pemilik kamera dslr tidak mengetahui bagaimana penjagaan sesebuah kamera DSLR yang sebenarnya.

Ramai beranggapan bahawa, menjaga sebuah kamera adalah memastikan ianya tersimpan rapi dalam kotak. Bersih seperti baru.

Hakikatnya bukan itu sahaja.

Disini saya kongsikan 2 perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh pemilik kamera. Boleh juga digunakan oleh pembeli kamera terpakai sebelum membeli sesebuah kamera.

  1. Fungus (Lense)
    • Fungus atau kulat merupakan masalah utama yang sering menyerang lensa kamera.
    • Ada fungus yang boleh dibersihkan, ada yang tidak.
    • Apabila lensa anda telah diserang fungus, nilai jualan semula(second hand) lensa anda akan susut teruk.
    • Anda perlu memastikan kesemua peralatan kamera anda dalam persekitaran kering. Persekitaran yang lembap merupakan penyebab utama fungus tumbuh pada kaca lensa anda.
      Contoh fungus pada lensa.
      Contoh fungus pada lensa yang agak teruk.

      Contoh fungus pada lensa
      Contoh fungus pada lensa yang agak teruk, walau pun keadaan lense secara umumnya cantik berkilat seperti baru.
    • Solusi: Simpan dalam drybox, atau sekurang-kurangnya dalam tupperware kedap udara bersama-sama Thirsty Hippo.
      Thirsty Hyppo
      Contoh menyimpan peralatan kamera menggunakan Thirsty Hyppo. Praktikal, murah dan jimat bagi yang memiliki bajet sederhana.

      Drybox
      Contoh “Drybox” yang sering digunakan jurufoto professional. Mempunyai saiz yang pelbagai mengikut keperluan. Sesuai untuk menyimpan peralatan fotografi dan barangan elektronik lain. Suhunya juga boleh dikawal.
  2. Shuttercount (Body)
    • Shutter merupakan satu struktur dalam sesebuah kamera yang bertindak seperti tirai yang mengawal pendedahan cahaya yang diterima oleh sensor.
    • Shutter ini mempunyai jangka hayat yang disebut shuttercount.
    • Kebanyakan kamera dslr masa kini mempunyai jumlah shuttercount yang tinggi, kebiasaannya melebihi 150,000 shutter count.
    • Sekiranya jumlah shuttercount anda telah sampai nilai maksimum, ada kemungkinan shutter anda akan rosak dan perlu diganti.
    • Lebih tinggi shuttercount kamera dslr anda, lebih rendah nilai jualan semua atau”second hand” kamera anda.
  3. Lain-lain yang perlu diberi perhatian
    • Scratch Lense (Lense)
    • Motor (Lense)
    • Filter Thread (Lense)
    • Dust (Lense)
    • Sensor Dust (Body)
    • Flash hot shoe (Body)
    • Mounting ring (Body)
    • Overall Button (Body)
    • Lcd (Body)
    • Viewfinder (Body)
    • Input Output Port/Slot (Charging / Memory Card / etc) (Body)
    • Rubber (Body)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *