Sebenarnya projek video tutorial kitorang ni dah lama dirancang. Tetapi disebabkan kesibukan tak sempat lah nak buat dalam jangka masa terdekat. Namun selepas satu demi satu video tutorial kami telah di up kan ke youtube.com. Akhirnya sekarang kami dah ada beberapa koleksi video tutorial berkaitan adobe photoshop di Gezzeg.com.

U all juga leh dapatkan guideline daripada kami dan rakan2 lain dengan menyertai forum kami di Suku Sakat RajaLanun Community di http://www.rajalanun.com. Kini terdapat lebih daripada 100 keahlian terdiri daripada newbie dan otai daripada seluruh Malaysia.

Tujuan video tutorial ini bagi membantu pengguna-pengguna photoshop khususnya jurufoto mempelajari asas penggunaan adobe photoshop. Sesuai bagi mereka2 yang baru nak mula berjinak2 dengan adobe photoshop. Jadi sekiranya video tutorial ini berguna pada anda, silalah tinggalkan komen atau cadangan atau apa yang patut bagi kami meneruskan usaha kami ini kepada komuniti fotografi dan masyarakat.

Terima kasih,

Mr.Ghazali

Gezzeg Photography & Design

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *