Bukan mudah untuk setiap gambar kita dijual di Shutterstock.com. Walaupun kita sudah mempunyai akaun sebagai contributor sekali pun, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghantar semua koleksi gambar kita ke Shutterstock.com sesuka hati. Setiap gambar yang dihantar masih perlu melalui proses reviewer yang professional yang akan melihat kualiti dari setiap sudut daripada idea atau konsep sehingga ke teknikal fotografinya.

Minimumkan rejection!

Terus terang kawan kabo, masa awal2 start sebagai contributor, 10 keping hantor, 5 approved, 5 rejected. Ada sebab konsep / idea, ada sebab teknikal fotografi itu sendiri. Ini bermakna 50% daripada submitted image rejected. Ini tidak bagus. Maka kita kena cari puncanya. Apa masalahnya? Sebab tu kawan nok awok baca ni. Hok nims, wajib baca wajib tau. Belajor dari kesilapan diri sendiri adalah terbaek, tetapi kalau boleh sediakan payung sebelum hujan lebih2 terbaek dops. Setiap kali submission kalau boleh, elakkan rejection sampai 60%.

Kalau kene reject, jangan delete!

Tetapi, awok kena tahu jugop. Rejection tidak bermakna gambo awok burok, tak boleh pakai. Rejection kat Shutterstock.com tak semestinya kena reject dekat Dreamstime.com atau Fotolia.com atau agensi2 stock lain. Reviewer yang check gambo kita tak sama, maka evaluation mereka pun berbeza2. Sebab itu jangan pulok awok gi delete gambo yang kena reject kat Shutterstock tu. Hanto la kat agensi lain bila ada masa. Walau pun agensi lain slow, tapi tetap jalan weh…

Submit Photos to Shutterstock and make $$$!

Berikut adalah senarai rejection yang Shutterstock listkan dan memang biasa kawan terima sepanjang menjadi contributor Shutterstock.com & juga daripada agensi lain.

Untuk penerangan lebih kemas dan teratur, boleh baca disini

http://www.shutterstock.com/buzz/rejection-reasons.

 

Sumber: http://www.ghazalitajuddin.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *