Adakah anda menghadapi masalah capaian Gezzeg.com?

Saya sering mendapat maklum balas daripada pelanggan berkaitan isu ini. Namun saya juga sukar hendak memberi jawapan mengapa ini berlaku.

Sejak pengenalan capaian internet broadband tanpa wayar daripada Celcom, Maxis, Digi dan lain2 seangkatan dengannya saya sering menerima aduan berkaitan masalah kegagalan akses kepada laman2 web tertentu di internet. Berdasarkan pengalaman saya dalam menguruskan perkhidmatan webhosting, perkara-perkara ini tidak dapat dielakkan. Seringkali apa yang berlaku, sesetengah website hanya boleh dibuka menggunakan talian Streamyx, namun tidak boleh dibuka dengan menggunakan wireless broadband seperti Celcom, Maxis dan lain-lainnya. Ada sesetengahnya boleh dibuka oleh pelanggan broadband Maxis, manakala tidak dapat dibuka oleh pelanggan DIgi dan Celcom. Siapalah kami untuk menarik perhatian penyedia-penyedia rangkaian jalur lebar ini untuk mengemaskini sistem mereka. Namun jauh disudut hati memang tertekanlah apabila terkenangkan para pelanggan dan pelayar web yang mahu melihat hasil kerja kami di Gezzeg.com.

Apa yang boleh anda lakukan sekiranya perkara ini terjadi kepada anda adalah, cubalah capaian internet yang berbeza sama ada Streamyx, Celcom, Digi dan lain-lain. Atau sebagai alternatif kepada Gezzeg.com, kepada semua pelanggan yang dikasihi. Sekiranya anda ingin melihat hasil-hasil kerja kami, sila lawati blog-blog berikut yang merupakan blog persendirian team Gezzeg sebagai salah satu alternatif:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *