Untuk menghasilkan suatu shot yang baik, pada kami, amat memerlukan kerjasama pasangan pengantin. Tanpa kerjasama yang baik, mustahil tugasan kami dapat dilaksanakan dengan hasil yang memuaskan. Kerja sebegini, bukan wang ringgit sahaja menjadi ukuran. TetapiĀ  kepuasan mendapatkan shot2 terbaik dan unik disepanjang majlis. Walau pun hanya sekeping. Namun ia tidaklah mudah seperti yang diharapkan.

Kali ini coverage tugasan saya adalah di Kemaman, iaitu majlis perkahwinan Nadiah & Megat. Alhamdulillah walaupun sekarang ni musim panas, cuaca pada majlis pernikahan dan persandingan dua mempelai ini sangat baik. Semuanya berjalan lancar. Apa pun tahniah dan selamat pengantin baru kepada dua mempelai yang baik hati ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *