Pernah tak korang terpaksa buat kerja berulang-ulang, terpaksa edit part yang sama pada beberapa keping gambar yang lain juga. Kadang-kadang semua gambar. Kalau sekeping dua takpe, tapi kadang sampai beratus keping. Memang letih.

Sebagai contoh mudah, korang nak resize semua gambar yang korang nak submit ke Shutterstock. Sekali submit ada 100-500 keping. Nak hantar semua size besar macam tak berbaloi, requirement 6MP je, then internet pulak slow amat, jenuh nak tunggu sekeping 24MP. Letih weh.

Ada banyak cara nak resize gambar. Mungkin ada dikalangan anda menggunakan perisian lain yang lebih mudah untuk resize gambar. Tapi bagaimana nak buat kalau guna photoshop?

So, ini lah contoh yang nak dikongsi dalam post kali ni iaitu menggunakan applikasi DROPLET dalam Adobe Photoshop. Bukan setakat nak resize, nak buat editing lain pun boleh. Bergantung pada kreativiti masing-masing.

Actually dah lama fungsi droplet ni, tetapi ramai jarang gunakan sebab kebiasannya gambar perlu diedit mengikut keperluan masing-masing. Touch up sekeping demi sekeping.

So apa cerita droplet ni?

DROPLET

Droplet ni adalah satu fungsi yang membolehkan mengautomasikan proses pengeditan gambar anda.

Ia menjimatkan masa anda, tidak perlu melakukan rutin yang sama berulang kali. Boleh buat kerja lain.

Contoh:

  1. Resize 1000 keping gambar kepada lebar 1000 pixel
  2. Add on frame pada semua gambar
  3. Add filter pada semua gambar

dan lain-lain. Korang fikir sendiri.

Selamat mencuba!

Langkah-langkah create DROPLET

Create Action

Untuk create droplet ni anda akan menggunakan fungsi Action.

Jika anda pernah menggunakan fungsi Action maka anda tiada masalah untuk create droplet.

Langkah 1

Buka 1 gambar “master” dimana setiap langkah yang anda buat pada gambar berkenaan akan di rekod. Segala langkah atau “action” nanti akan dijadikan droplet, dan boleh digunakan untuk gambar lain pula secara automatik.

001

Langkah 2: Buka Tab Action

002

Langkah 3: Create New Action

003

Langkah 4: Rename action name

004005

Langkah 5: Klik butang Begin Recording dan mulakan langkah resize

006

007

Langkah 6: Klik Menu > Save As

008

Tick checkbox “As copy” & Click Save.

009
010

Langkah 7: Klik Butang Stop playing / Recording

011

Langkah 8: Klik menu File > Automate > Create Droplet

012

Pastikan lokasi droplet anda adalah betul seperti yang anda kehendaki.

Pastikan bahagan Action adalah betul seperti yang kita buat sebelum ini.

Klik Ok.

013

Langkah 9: Semak Droplet yang terhasil pada lokasi yang anda set sebelum ini

014

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *