Pernah tak korang terpaksa buat kerja berulang-ulang, terpaksa edit part yang sama pada beberapa keping gambar yang lain juga. Kadang-kadang semua gambar. Kalau sekeping dua takpe, tapi kadang sampai beratus keping. Memang letih.
Sebagai contoh mudah, korang nak resize semua gambar yang korang nak submit ke Shutterstock. Sekali submit ada 100-500 keping. Nak hantar semua size besar macam tak berbaloi, requirement 6MP je, then internet pulak slow amat, jenuh nak tunggu sekeping 24MP. Letih weh.
Ada banyak cara nak resize gambar. Mungkin ada dikalangan anda menggunakan perisian lain yang lebih mudah untuk resize gambar. Tapi bagaimana nak buat kalau guna photoshop?
So, ini lah contoh yang nak dikongsi dalam post kali ni iaitu menggunakan applikasi DROPLET dalam Adobe Photoshop. Bukan setakat nak resize, nak buat editing lain pun boleh. Bergantung pada kreativiti masing-masing.
Actually dah lama fungsi droplet ni, tetapi ramai jarang gunakan sebab kebiasannya gambar perlu diedit mengikut keperluan masing-masing. Touch up sekeping demi sekeping.
So apa cerita droplet ni?
DROPLET
Droplet ni adalah satu fungsi yang membolehkan mengautomasikan proses pengeditan gambar anda.
Ia menjimatkan masa anda, tidak perlu melakukan rutin yang sama berulang kali. Boleh buat kerja lain.
Contoh:
- Resize 1000 keping gambar kepada lebar 1000 pixel
- Add on frame pada semua gambar
- Add filter pada semua gambar
dan lain-lain. Korang fikir sendiri.
Selamat mencuba!
Langkah-langkah create DROPLET
Create Action
Untuk create droplet ni anda akan menggunakan fungsi Action.
Jika anda pernah menggunakan fungsi Action maka anda tiada masalah untuk create droplet.
Langkah 1
Buka 1 gambar “master” dimana setiap langkah yang anda buat pada gambar berkenaan akan di rekod. Segala langkah atau “action” nanti akan dijadikan droplet, dan boleh digunakan untuk gambar lain pula secara automatik.
Langkah 2: Buka Tab Action
Langkah 3: Create New Action
Langkah 4: Rename action name
Langkah 5: Klik butang Begin Recording dan mulakan langkah resize
Langkah 6: Klik Menu > Save As
Tick checkbox “As copy” & Click Save.
Langkah 7: Klik Butang Stop playing / Recording
Langkah 8: Klik menu File > Automate > Create Droplet
Pastikan lokasi droplet anda adalah betul seperti yang anda kehendaki.
Pastikan bahagan Action adalah betul seperti yang kita buat sebelum ini.
Klik Ok.
Langkah 9: Semak Droplet yang terhasil pada lokasi yang anda set sebelum ini