Photography Outing With Friends
They all are Kuantan Photographer, shoot with CLS and applies some photoshop techniques.

They all are Kuantan Photographer, shoot with CLS and applies some photoshop techniques.

It is an honour for having chances to shoot for Kolej PSDC. . See the photo showed below.

The photo is a copy from their website at http://www.kolejpsdc.edu.my. We have seen the photo used for giant banner. We will get the photo later.
Perancangan & Persiapan Awal Terbaik
Perancangan dan persiapan majlis perkahwinan memerlukan banyak masa dan perhatian yang sirius. Ia perlulah dilaksanakan dengan teliti dan teratur seawal mungkin. Daripada barang hantaran, andaman, katering, kad kahwin sehinggalah jurunikah perlu disiapkan dan ditempah untuk mengelakkan
masalah kemudian hari. Seringkali kita lihat pelbagai masalah timbul daripada persiapan yang tidak teratur. Malah yang telah diatur sebaik mungkin pun, masih ada yang tertinggal, tapi itu sudah diluar kuasa kita. Kita hanya merancang, tuhan menentukan. Asal kita dah buat yang terbaik, tawakal sahajalah kepadaNya.
Malah yang telah diatur sebaik mungkin pun, masih ada yang tertinggal, tapi itu sudah diluar kuasa kita. Kita hanya merancang, tuhan menentukan. Asal kita dah buat yang terbaik, tawakal sahajalah kepadaNya.
Perkahwinan Kini Tidak Kira Masa
Namun yang lebih kritikal dan perlu diberi perhatian adalah kepada keperluan perkhidmatan yang bersifat tempahan seperti andaman, katering, kanopi, fotografi dan videografi. Ini kerana perkahwinan kini tidak lagi mengikut musim seperti suatu ketika dahulu. Asal musim cuti sekolah, musim org kahwin, asal ada public holiday, pasti ada majlis kahwin. Namun, itu dahulu, tidak lagi sekarang. Ini secara tidak langusng memberi kesan kepada pasaran perkhidmatan berkenaan. Mereka mula menerima tempahan tidak kira masa! Pelbagai sebab keadaan ini berlaku, antaranya ada yang mahu mengelakkan pertindanan tarikh majlis, ada yang mahu memaksimumkan kehadiran jemputan dan pelbagai lagi sebab yang munasabah.
Mereka mula menerima tempahan tidak kira masa! Pelbagai sebab keadaan ini berlaku, antaranya ada yang mahu mengelakkan pertindanan tarikh majlis, ada yang mahu memaksimumkan kehadiran jemputan dan pelbagai lagi sebab yang munasabah.
Oleh sebab itu, daripada statistik kami yang terkini dan merujuk daripada rekod tempahan rakan niaga lain, setiap bulan pasti ada majlis perkahwinan jadi tidak hairanlah kebanyakan jurufoto seperti kami sentiasa tidak putus-putus menerima panggilan tempahan daripada pelanggan. Untuk dikongsi bersama anda, ada dikalangan jurufoto perkahwinan menerima tempahan setahun lebih awal. Ini sangat mengejutkan kami. Kami sesungguhnya sangat kagum dengan persediaan pelanggan itu. Bukan mudah untuk memberikan komitmen dengan pembayaran deposit kepada jurufoto berkenaan untuk majlis yang bakal berlangsung dalam tempoh setahun lagi. Namun bagi kami keadaan ini masih baru, namun pergerakan sekarang sememangnya kearah itu. Ini disebabkan setiap tahun, semakin rakyat Malaysia lahir, maka boleh dikatakan kadar kelahiran dan perkahwinan adalah berkadaran terus.
6 Bulan Awal, Terbaik
Kesimpulannya, kami boleh katakan tempoh tempahan terbaik adalah dalam tempoh 6 bulan lebih awal daripada majlis perkahwinan. Tempoh ini lebih disokong sekiranya majlis anda bakal berlangsung pada tarikh-tarikh panas, seperti musim cuti persekolahan. Ini kerana, sudah tentu bukan anda sahaja bakal berkahwin. Lihat sendirilah kehadiran kelas-kelas pra-perahwinan yang dianjurkan oleh MUIP, kami pasti tidak kurang 100 pasangan berkursus setiap bulan! Itu baru di daerah Kuantan!
Oleh itu, untuk mendapatkan apa jua perkhidmatan perkahwinan anda seperti perkhidmatan jurufoto kami, tempahlah lebih awal. Kami pasti anda mahukan yang terbaik untuk kenangan indah anda. Gezzeg Photography menerima tempahan seawal mungkin, anda hanya perlu bertanya kepada kami tarikh keramat anda. Jangan biarkan kami terpaksa memaklumkan perkhidmatan kami sudah penuh! Kami mahu berkhidmat untuk anda! Hubungilah kami sekarang!
Jangan biarkan kami terpaksa memaklumkan perkhidmatan kami sudah penuh! Kami mahu berkhidmat untuk anda!
Senarai Pakej Fotografi Perkahwinan Gezzeg Photography & Design serta Tempahan [KLIK]
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
Continue reading 'Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda?'»
Panorama theme by Themocracy