KenapaStockPhoto

Ramai juga yang bertanya kenapa stock photo? Kenapa itu? Kenapa ini? Tak kuasa abang nak jawab satu-satu.
Nah 18 sebab kenapa stock photo! – Gezzeg

  1. KEPERLUAN GAJET MINIMA
    • Anda tidak memerlukan kamera dengan spesifikasi yang terlalu tinggi. Anda boleh bermula dengan sebuah kamera digital Point & Shoot serendah 4MP.
  2. KEPERLUAN KEMAHIRAN ASAS SAHAJA
    • Kemahiran asas fotografi amat penting bagi memastikan hasil yang berkualiti. Kemahiran asas kawalan kamera, framing dan komposisi sudah memadai untuk memulakan aktiviti microstock. Tak perlu skill advance nak mula!
  3. PENDAPATAN PASIF
    • Pernahkah anda terfikir dalam keadaan anda memiliki kerja hakiki, anda mempunyai sumber pendapatan pasif melalui hobi yang anda suka?
  4. PENDAPATAN BERPANJANGAN
    • Anda bayangkan selagi ada demand terhadap sebarang media yang terdapat dalam galeri Microstock anda, selagi itu anda berhak untuk mendapat komisen daripada media berkenaan.
  5. INSENTIF MENARIK
    • Untuk pengetahuan semua komisen yang dibayar untuk sekeping media Royalty Free adalah amat murah. “Micro” juga membawa maksud bayaran kecil. Ia menarik kepada pembeli media, tetapi merugikan para contributor. Oleh itu kebanyakan agensi Microstock berusaha menyediakan insentif atau cara bayaran yang berbeza bagi menarik minat contributor MIcrostock menghantar karya mereka kepada agensi. Ini termasuk yang saya gelar “Sistem Naik Gaji” dimana kenaikan bayaran komisen mengikut peningkatan jumlah belian pelanggan.
  6. MUDAH TETAPI TIDAK SENANG
    • Walaupun kelihatan amat mudah, tetapi ia tidaklah semudah yang disangka. Ia masih perlu melalui proses pengumpulan stock, proses editing quality dan kemaskini metadata, proses submission dan review. Mudah, tapi banyak kerja tu!
  7. BEBAS IDEA & KREATIVITI
    • Adakah anda seorang yang banyak idea? Selalu tefikir idea-idea kreatif yang berguna kepada orang lain namun tak tahu nak campak dimana? Microstock adalah tempatnya.
  8. ASAH SKILL SECARA TAK LANGSUNG
    • Dalam industry Microstock, ada ramai microstock contributor. Bila ada ramai, maka persaingan makin tinggi. Semakin tinggi persaingan, kualiti menjadi semakin penting dalam pemilihan. Untuk mendapatkan kualiti yang baik, memerlukan tahap kemahiran yang tinggi. Kemahiran yang baik, sudah tentu perlu diasah selalu. Sebab itu, anda akan lihat, semakin lama kualiti kerja anda tanpa disedari semakin berkualiti. Tapi kena ingat, kualiti kerja sahaja tidak mencukupi. Idea juga perlu berkualiti!
  9. JUALAN ULANGAN, TIADA BATASAN – Sekeping gambar boleh repeat order!
    • Sekeping gambar amat bernilai, ia tiada nilai maksimum, ia boleh dijual seberapa banyak kali tanpa batasan. Jaga stock anda baik-baik!
  10. JUAL DI PELBAGAI AGENSI, Tiada Batasan
    • Anda bayangkan anda mempunyai sebuah galeri lukisan yang banyak, bernilai ribuan ringgit. Setiap lukisan anda itu amat bernilai yang memberi keuntungan besar kepada jika dapat dijual. Anda bayangkan semua lukisan anda boleh dihantar juga ke galeri lain untuk dijual? Ada 10? 100? Semua anda boleh hantar kepada semua galeri tanpa batasan! Bayangkan… Fuhhh!
  11. PASARAN ANTARABANGSA – Online market world wide!
    • Dalam industri ini, anda tidak akan mengenali pembeli gambar anda. Anda hanya tahu, gambar anda telah dimuat turun dari merata tempat seluruh dunia. Dimana ada manusia yang mempunyai capaian internet, semua boleh mengakses karya anda untuk dibeli.
  12. SEPENUH MASA/SEPARUH MASA – Secara sirius atau hobi!
    • Anda sibuk? Boleh lakukan secara sambilan. Anda tiada kerja? Anda boleh lakukan sepenuh masa. Ia boleh menjadi hobi yang sangat menguntungkan. Jangan buang masa upload di media sosial semata-mata. Rugi! Cuba baca polisi Facebook masa sign up kalau tak percaya!
  13. TIADA DUE DATE! – Ikut Suka Hati lah!
    • Stress tak kerja bila ada due date? Stress tak bila ada orang suruh hantar itu ini? Jangan bimbang, dalam microstock, tiada istilah due date. Anda boleh hantar bila-bila anda suka. Selepas saya register sebagai microstock contributor di mana-mana agensi, tak pernah lagi mereka tekan suruh saya hantar karya. Inikan pula suruh ikut due date!
  14. TIADA TARIKH LUPUT
    • Karya anda tiada tarikh luput. Ini bermakna, segala foto, ilustrasi, animasi, klip video yang dihantar akan berada di galeri sampai bila-bila. Malah jika anda ada gambar-gambar lama yang mempunyai nilai komersil juga boleh dihantar ke agensi untuk dijual.
  15. PERSAINGAN KOMPETITIF & ADIL
    • Kebanyakan penggiat media adalah daripada industri perkhidmatan. Mahu tidak mahu, pasti akan berlaku masalah persaingan harga yang tidak baik. Anda tidak akan menghadapi masalah ini dalam industri microstock kerana anda tidak mengenali siapa pembeli anda. Karya anda akan dipilih berdasarkan carian dalam katalog agensi. Mereka akan jumpa semua karya anda dan contributor lain tanpa mengetahui dan mengenali pemilik karya berkenaan untuk dihubungi. Oleh itu masing-masing perlu menitik beratkan kualiti bagi memastikan karya anda menarik perhatian pembeli.
  16. BIG EXPOSURE
    • Seronok tak jika karya anda digunakan secara komersil? Suka tak jika karya anda digunakan di laman web syarikat antarabangsa? Suka tak jika foto anda digunakan di billboard berhampiran KLCC? Suka tak jika foto anda selalu keluar majalah? Anda boleh melihatnya berlaku dalam industri micsrostock. Sudah banyak karya contributor sebelum ini digunakan untuk tujuan komersil. Anda boleh masukkan dalam portfolio peribadi anda.
  17. MENJADIKAN AKTIVITI SERAMPANG 2 MATA.
    • Aktiviti microstock boleh dilakukan hampir dimana-mana dan bila-bila masa. Setiap kali kita pergi ke pasar, sambil berjalan kita boleh ambil gambar ikan-ikan segar dipasar dan aktiviti-aktiviti mereka dipasar. Setiap kali bercuti di Cameron Highland bersama keluarga, kita boleh ambil gambar buah strawberry segar dan pokok teh yang subur ketika matahari naik. Sungguh menguntungkan!
  18. KELEBIHAN KELEMAHAN RM
    • Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita bersedih dengan kejatuhan Ringgit Malaysia di persada dunia. Namun sebagai seorang Microstock Contributor, kita sangat bergembira. Nangis dalam senyum sebab kebanyakan agensi beroperaso dalam USD dan EURO. Muke ale senyummm!

DAH READY NAK CUBA?

Apa kata mula dengan Shutterstock?
Anda boleh baca tutorial


Panduan Pantas Membuka Akaun Contributor Shutterstock disini.


TAPI NANTI DULU!!!

 

Saya nak bagi anda satu hadiah hari ini.

 

Hadiah ini berupa sebuah ebook bernilai RM100.

 

Asalnya saya bercadang nak jual RM50 juga sebab

penat juga nak compile data semua. Siap saya kena sit down

exam sekali lagi untuk hasilkan ebook ini.

Tapi saya rasa murah sangat RM50 tu…

 

 

Jadi…

 .

.

.

RM100

RM50

.

.

.

Saya berikan dengan harga

TAK TERNILAI!

 

DOWNLOAD SEKARANG, SEMOGA BERMANFAAT!

ebook-cover-shutterstock-v1-3000x3000